Isnin, 28 Jun 2021


 NOMBOR EKOR HARAM PENCETUS KLAUSTER 

Oleh. Koijul Hairol

Sabah. Kegiatan penjualan nombor ekor haram yang dilaporkan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun sebagai pencetus klauster baru virus covid 19 perlu dijauhi seluruh rakyat didalam negeri ini jika mahu terhindar dari jangkitan virus covid 19. 

Penyakit virus covid 19 merupakan sejenis penyakit yang belum ada ubatnya sehingga kehari ini melainkan sekadar bergantung harap dengan vaksin yang sedang disuntik keseluruh dunia sehingga kehari ini sebagai menguatkan badan dari serangan covid 19.

Sebagai langkah mengawal penularan rangkaian  covid 19 demi membantu kerajaan menyelamat nyawa seluruh rakyat Malaysia adalah lebih baik menjauhi kumpulan penjual nombor ekor haram setiap hari walau dimana juga mereka berada.

Sama sama lah kita menjaga penjarakan diri dan sentiasa memakai pelitup muka setiap kali bergerak dikhalayak ramai agar sentiasa terlindung dari jangkitan covid 19 sepanjang masa.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan