RAMAI ORANG TAK PATUH PKP 3.0
Sabah. Kesungguhan kerajaan berusaha memutuskan rantaian virus covid 19 diseluruh negeri ini seumpama tidak disokong sebilangan masyarakat yang masih berkeliaran berkumpulan dibeberapa pekan tanpa takut virus covid 19 terus menular dalam kumpulan mereka.
Dalam langkah drastik pihak kerajaan memperketatkan pergerakan rakyat seharusnya dipatuhi semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama demi sama sama berusaha memutuskan penularan penyakit tersebut dalam jangkamasa panjang.
Kebanyakan golongan yang duduk dan berdiri berkumpulan ditepi tepi bangunan deretan kedai tidak ada kerja yang dibuat sepanjang hari namun golongan terlibat bagai tidak kelihatan pihak petugas rondaan yang disusun pihak kerajaan jelas rakyat yang ditemui.
Setiap yang masih berkeliaran bebas diantara pekan mahupun bandar wajib menghentikan perilaku mereka setiap hari jika tidak mahu ada keluarga mereka dijangkiti virus covid 19 didalam jangkamasa panjang.
Selain dari itu petugas keselamatan juga perlu mempertingkatkan kekuatan anggota petugas demi mengusir segala perbuatan golongan yang setiap hari berkumpul dikeliling bangunan kedai pekan dan bandar agar virus covid 19 benar benar boleh diputuskan kerantaian sifar.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan