Jumaat, 1 Januari 2021

 PKPP DILANJUT SEHINGGA MARCH 2021 

Oleh. Jasly Dollah 

Kuala Lumpur. Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan sehingga 31 March 2021 bagi memutuskan rangkaian Covid 19 tidak termasuk kawasan PKPB dan PKPD seperti Selangor dan Sabah.



Langkah mengenakan PKPP seharusnya dipatuhi SOP setiap masyarakat dimana juga berada dikawasan awam sejajar dengan harapan kerajaan bagi memutuskan virus Covid 19 yang menggerunkan seluruh dunia masa kini.

Arahan kerajaan meneruskan PKPP merupakan langkah yang perlu dipatuhi semua lapisan masyarakat seperti penjarakan sosial, pemakaian PELITUP MUKA LENGKAP MULUT DAN HIDUNG bukan nya mulut dan dagu seperti kebanyakan pengguna dimana hidung dibiarkan terdedah pada virus Covid 19.

Dalam tinjauan Media Terkini seluruh negara beberapa hari lalu masih ramai mengabaikan SOP SEPERTI PENJARAKAN SOSIAL, PEMAKAIAN PELITUP MUKA DITEMPAT AWAM HANYA MULUT DAN DAGU DITUTUP HIDUNG PULA TERBUKA bagai disengajakan walaupun Menteri Pertahanan Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob kerap kali mengingatkan setiap kali sidang media disiarkan.

Kebertanggongjawaban bagi memutuskan rangkaian Covid 19 adalah terletak dalam diri masing masing dimana wargatua perlu diberi tunjuk ajar oleh anak anak mereka setiap hari keluar dari rumah manakala 12 rahun hingga 59 tahun sudah pasti setiap hari melihat penerangan berita cara cara penjarakan sosial dan pemakaian pelitup separuh muka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kebenaran pihak penyiaran. Editor 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan