Ahad, 17 Januari 2021

 POLITIK TANPA UNDI TIDAK KEMANA 

Melangkah arena politik memerlukan sifat jujur telus peramah dan tidak sombong bongkak jika mahu diangkat sebagai pemimpin parti politik apa tak lagi kemuliaan membantu golongan orang yang tidak berkemampuan.

Namun sebaik diangkat menjadi pemimpin parti politik tertinggi sehingga memperolehi jawatan dalam kerajaan ada segelintir golongan mereka ini lupa diri sehingga tidak lagi mengenali rakyat jelata yang sama sama sebelum berpangkat tinggi menyebabkan ada rakyat bosan sifat mereka. 

Ramai orang politik yang senang ditemui atau dihubungi semasa berkempen dalam pilihan raya apa tak lagi mereka yang menjadi calon dalam pilihan raya namun sebaik menang dan dilantik dalam jawatan tertinggi bukan main lagi golongan terlibat sukar ditemui malah telipon berdering sekalipun enggan disambut.

Kata rakyat sebelum berjawatan tinggi ada orang politik boleh duduk makan dengan rakyat digerai makan usang namun sudah berpangkat tinggi talian telipon tidak lagi disambut malah watsap juga tidak pernah lagi dijawab menyebabkan golongan rakyat semakin menjauhi golongan orang politik terlibat satu persatu.

Sikap orang politik seumpama bakal membawa pada terhadap parti yang mereka wakili setiap kali masa berlaku pilihan raya apabila rakyat memulau parti berkenaan sehingga banyak yang tewas dengan calon parti lawan akibat ditolak rakyat namun golongan terlibat masih tak serik mengaku pemimpin terbaik untuk rakyat.

Dalam konteks seumpama jawatankuasa disiplin parti harus memainkan peranan bagi mengkaji kekalahan calon mereka dalam setiap Dun dan Parlimen berulangkali  agar memperkemas kini kepimpinan dibahagian terlibat khususnya bahagian agar seluruh rakyat setempat senang menemui dan menyalurkan pandangan masing masing demi kemenangan parti. PENGARANG 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan biro penyiaran dan pengiklanan. Editor 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan