Ahad, 10 Januari 2021


 KEMELUT DUN TEWAS PPM BELUM DILANTIK 

Oleh. Jasly Dollah 

Sabah. Kerajaan negeri ini digesa mempercepatkan perlantikan serta penugasan PPM disetiap kawasan DUN yang dimenangi oleh calon Warisan Plus PKR, UPKO dan DAP yang dilaporkan sehingga kini belum ada pengisian kepimpinan petugas pejabat UPPM menyebabkan rakyat jelata mempersoalkan kelembaban perlantikan tersebut.

Kerajaan negeri Sabah dilaporkan telah melebihi 4 bulan mentabdir negeri namun pemimpin dalam UPPM yang dimenangi parti pembangkang masih belum mampu memilih kepimpinan bagi melaksanakan tugas tugas dalam pejabat UPPM jelas rakyat penyokong kerajaan Sabah.

Media Terkini yang cuba menghubungi pihak berkuasa tempatan gagal mendapat maklum balas berhubung perlantikan para pemimpin dalam pejabat UPPM yang dimenangi Wakil Rakyat Parti Pembangkang walaupun sudah lebih empat bulan teraju kerajaan negeri Sabah pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS). 





NOTA. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kebenaran dari biro penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan