Rabu, 13 Januari 2021


 SOP TERABAI COVID 19 ANCAM DUNIA 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Pengabaian dalam penggunaan SOP punca Covid 19 serang dunia tanpa titik noktha nya sehingga mencecah jangkitan hampir 92 juta orang manakala jumlah kematian juga sudah mencecah hampir 2 juta orang hari ini.

Sungguhpun kesembuhan hingga kini mencapai 65 juta orang namun Amerika Syarikat terus mendahului kes jangkitan dengan jumlah lebih 23 juta orang manakala kematian mencapai 389,599 orang hari ini.

Dalam Asia Tenggara pula negara Indonesia mendahului jumlah jangkitan Covid 19 dengan jumlah 808,601 orang manakala kematian sampai hari ini mencecah 23,753 orang.

Negara Fhilipina juga berada ditangga kedua terbanyak jangkitan Covid 19 dalam Asia Tenggara dengan jumlah 483,000 orang dengan jumlah kematian sehingga kehari ini melebihi 9,364 orang.

Dalam konteks penularan ini ramai pesara doktor doktor pakar dunia msmbayangkan hanya pematuhan SOP setiap lapisan masyarakat mampu memutus rangkaian Covid 19 disamping penjarakan antara satu sama lain.

Dunia tidak mampu memutuskan rangkaian Covid 19 jika masih membiarkan masyarakat bergaul bebas tanpa penjarakan dan terus bersentuhan tangan dan badan dikhalayak ramai setiap hari walaupun terlalu bergantung dengan vaksin yang dilaporkan mampu membunuh virus Covid 19 menurut pandangan bekas doktor pakar beberapa negara yang dihubungi.









Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kebenaran dari biro penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan