Sabtu, 16 Januari 2021

 MUSIM BANJIR BANTUAN PANTAS PERLU DISALUR  

Oleh. Gifkir Aming 

Sabah. Dalam bencana banjir dikawasan luar bandar petugas yang diamanahkan harus pantas tiba kesetiap lokasi banjir bagi bersiap siaga menghulur bantuan terhadap golongan yang memerlukan, kelewatan petugas bencana banjir disetiap kawasan luar bandar yang banyak jalan raya ditenggelami air deras mampu menggusarkan warga desa yang balik ke kampung halaman masing masing apa tak lagi golongan berpendapatan rendah yang terkandas akibat banjir besar.  

Dalam kiriman masyarakat luar bandar hari ini ramai terkandas akibat jalan raya laluan mereka ditenggelami air besar dan deras dimana hanya lori tinggi sahaja mampu melintasi nya namun kenderaan kecil telah menutupi semua jalan sempit kedua dua lorong sehingga kenderaan tinggi turut tersadai dibelakang ujar mereka.

Selain dari itu ada juga orang ramai melaporkan sesetengah banjir berlaku akibat saliran perparitan tersumbat malah ada juga sungai tertimbus akibat hakisan perusahaan Quari tanpa penyelanggaraan yang baik apa tak lagi pemantauan pihak berkuasa tempatan ujar mereka. 

Sehubungan dengan paparan ini pihak berkuasa tempatan wajar mengkaji semua saliran perparitan dan sungai sungai yang memiliki perusahaan QUARI pada bahagian ulunya agar masaalah banjir dimusim hujan dapat diselesaikan sebaik mungkin.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kebenaran dari biro penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan