Sabtu, 23 Januari 2021

Oleh. Gason Dumiri 

BAGAIMANA MEMILIH PARANG TERBAIK 

Sabah. Pembuat PARANG pelbagai reka bentuk terlalu banyak didalam negeri ini dengan berbagai jenis besi dipergunakan bagi menghasilkan parang yang dilaporkan masing masing pembuat penuh berkualiti dan terbaik dipergunakan pihak pembeli.

Semua pembuat parang tidak ada yang mengaku parang mereka kurang berkualiti malah majoriti pembuat parang mahu mengakui mereka menggunakan besi Spring Land Rover atau pisau Chansaw yang berkualiti nombor satu setiap kali menjual parang buatan mereka.

Sebaliknya kebanyakan pembeli parang akan menjadi mangsa jika parang yang dibeli bukan asli atau sebaliknya memandangkan mereka (pembeli) lah yang menggunakan parang berkenaan sejauh mana kah ketahanan nya bila dipergunakan dalam apa juga kerja yang dibuat dengan parang yang dibeli.

Terdapat beberapa cara bagi menguji parang yang berkualiti jika golongan yang berkemahiran meneliti bentuk pembuatan parang dan tidak muda diperdaya golongan pembuat yang tidak jujur dalam pengambilan besi serta kualiti pembuatan nya.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan