ADA PENDIDIK AGAMA LANGGAR PEKELILING
Oleh. Norzaitie Kirwan
Sabah. Terdapat pendidik agama sengaja melanggar surat pekeliling bagi mengajak umat Islam berhimpun dalam SURAU SEMPIT dalam PKP PKPP dan PKPB serta Proklamasi Darurat demi memutus rangkaian penularan Covid 19.
Perbuatan seumpama merupakan membelakangi perundangan negara dan mengabaikan keselamatan nyawa umat Islam yang dipanggil berkumpul belajar didalam sesebuah surau yang sempit walaupun pihak berkuasa agama Islam dalam Sabah telah mengedarkan surat pekeliling terhadap para pendidik agama yang berdaftar dengan mereka.
Menurut beberapa umat Islam yang dihubungi hari ini tidak wajar pendidik agama Islam membelakangkan undang undang yang dikuatkuasakan demi menyelamatkan nyawa masyarakat dari dijangkiti Covid 19, malah perbuatan seumpama merupakan ingkar perintah dari majikan dimana wajar mendapat hukuman yang berat melibatkan perlangaran PROKLAMASI DARURAT diseluruh negara sehingga 1 Ogos 2021 tegas mereka.Ada juga umat Islam yang mencadang gantung perkhidmatan malah tidak kurang dari mereka mendesak penamatan jawatan bagi yang melanggar proklamasi darurat menghimpun unat Islam belajar sembahyang dan AlQuran pada masa kini ujar mereka.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kebenaran dari biro penyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan