Sabtu, 23 Januari 2021


Oleh. Huzera Ben 

HAMPIR 200 POSITIF COVID 19 

Washington. Hampir 200 anggota keselamatan nasional Amerika Syarikat yang bertugas mengawal mengawal Capital Hill  semasa perlantikan Joe Biden Presiden Amerika Syarikat disahkan positif Covid 19 Jumaat semalam.

Demikian pengumuman pegawai petugas Amerika Syarikat yang merashiakan namanya dan kemungkinan kes tersebut mampu meningkat jika tidak dibuat pemantauan drastik semua anggota bertugas yang berjumlah 25,000 sepanjang majlis angkat sumpah Joe Biden dan Kamala Devi Harris dimajlis tersebut jelasnya.

Menurut jurucakap terbabit sehingga 10 hari lagi dari masa majlis angkat sumpah seramai 7,000 pasukan keselamatan nasional masih mengawal ketat kedudukan Presiden dan Naib Presiden Amerika Syarikat manakala kawalan seramai 5,000 anggota keselamatan Nasional Amerika Syarikat akan terus berkawal ketat Capital Hill sehingga March 2021 katanya. 


Joe Biden Presiden Amerika Syarikat bersama Kamala Devi Harris Naib Presiden Amerika Syarikat dinamakan rakyat Amerika Syarikat sebagai gandingan mantap menerajui kerajaan negara ini.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan dari pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan