Ahad, 24 Januari 2021


Oleh. Gifkir Aming 

BUKAN MUDA MEMASAR CILI 

Sabah. Beberapa penanam cili mengaku bukan senang bagi memasarkan cili dimusim PKP berikutan terhad perjalanan disamping sendiri rasa takut terjangkit virus penyakit tersebut jika memasarkan disekitar pasar bandar mahupun pekan disetiap daerah dalam negeri ini.

Beberapa penanam Cili yang ditemui juga mendakwa ada kenalan yang sering menghubungi telipon dengan meminta percuma apa juga tanaman yang ada namun mereka yang terlibat jika berniaga produk lain tetap harga tak kurang bagaikan penanam Cili atau tanaman lain dari hasil tani boleh saja diambil percuma tegas mereka.

Petani semua jenis tanaman termasuklah Cili mengingatkan orang yang kerap meminta tanaman percuma agar muhassabah diri betapa derita mengusahakan hasil tani setiap hari senang pula muncul golongan meminta percuma walaupun golongan terlibat berpendapatan ribuan ringgit sebulan belum masuk perniagaan sampingan mereka jelas mereka.

Dalam konteks ini semua pihak harus membantu golongan petani pelbagai jenis tanaman khususnya Cili agar hasil tani mereka dapat terjual sepanjang musim PKP demi pendapatan mereka menyara kehidupan keluarga.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan