Rabu, 27 Januari 2021

 KANAK KANAK MENGEMIS MENAKUTKAN? 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Sabah. Bagaimana pengemis kanak kanak dan warga dewasa berkeliaran dimerata tempat walaupun seluruh negeri ini masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan berjalan sehingga 4 Febuari 2021.

Amat menyedihkan masih ramai warga dalam negeri ini bijak pandai berkata kata namun terus menghulurkan wang ringgit golongan peminta sedekah walaupun muka mereka yang serupa muncul tiap hari tanpa mengambil kira golongan terlibat dilapor warga asing dan diperalat golongan tertentu bagi mengaut keuntungan. 



Kemelut peminta sedekah dalam negeri ini dilaporkan menggunakan bahasa asing namun bagi individu didalam negeri ini tak kisah memberi sedekah dengan warga asing sedangkan kaum mereka sendiri muka bagaikan asam mencuka jelas warga Sabah yang ditemui.

Ada juga orang asal Sabah melaporkan terdapat beberapa kawasan Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bukan sahaja tidak ada peminta sedekah malah kurang kebanjiran PATI berkeliaran sekitar kawasan tertentu ujar mereka. 

Sehubugan dengan pendedahan ini semua wakil rakyat dinegeri Sabah rakyat jelata orang asli cadangkan turun padang melihat semua kawasan mereka agar tidak menjadi sarang PATI serta Peminta Sedekah setiap hari demi memelihara ketakutan pelancong asing tegas mereka.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan