Jumaat, 15 Januari 2021


 COVID 19 TERUS GANYANG DUNIA 

Oleh. Huzera Ben 

New York. Dalam kepantasan dunia menyediakan VAKSIN PEMUSNAH VIRUS COVID 19 jumlah jangkitan penyakit tersebut sehingga hari ini telah mencecah 93.5 juta orang manakala kematian pula melebihi 2 juta nyawa manusia bagai tak ada hentinya.

Menurut laporan terkini Amerika Syarikat masih mendahului jumlah jangkitan Covid 19 dengan sejumlah 2.3 juta orang manakala kematian pula melebihi 397,000 nyawa.

Kebanyakan negara kuasa kuasa besar terlalu pantas penyakit tersebut merebak yang dipercayai terlalu memandang remeh SOP penjarakan sosial disamping enggan dikongkong kebebasan mereka setiap hari berbanding negara negara kecil yang mampu mengawal rakyat mereka setiap hari.

Dalam membendung penularan Covid 19 bagi negara negara besar tidak menghiraukan mereka dengan jumlah penduduk yang terlalu tinggi namun dinegara negara kerdil perlu menimbang situasi seumpama agar tidak dijadikan sebagai gelanggang politiking bagi meruntuhkan pemerintah semata mata mahu mengambilalih kuasa kerajaan tanpa menghiraukan nyawa rakyat mereka sendiri.

Dalam negara kuasa besar sekalipun masih gagal mengawal pandemik Covid 19 ini kan pula negara negara kerdil yang masih terkial kial membangun negara mereka namun emosi segelintir orang politiking mahu merebut kuasa kerajaan walau pelbagai cara tanpa mengkaji nasib rakyat jelata mereka yang berkurung menghindari virus Covid 19.

Buka mata buka hati agar mampu melihat sengsara rakyat dan lupakan seketika emosi mahu merebut kuasa kerajaan yang sedang memerintah mendepani virus Covid 19 tanpa memilih siapa juga yang lalai bakal diserang penyakit tersebut.






Nota. Dilarang membuat ulasan politik atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kebenaran dari biro penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan