Selasa, 5 Januari 2021


Oleh. Basron Kirwan 

JAWATAN SETIAUSAHA AGUNG BERTUKAR TANGAN 

Kuala Lumpur. Satu lagi sejarah berlaku hari ini berikutan sumber dalaman UMNO melaporkan Tan Sri Annuar Musa telah diganti sebagai Setiausaha Agung BN dan MN serta merta selepas mesyuarat tertutup kepimpinan tertinggi UMNO hari ini dengan persetujuan bersama penukaran jawatan tersebut. Selain jawatan Setiausaha Agong BN turut ditukar ialah setiausaha Maufakat Nasional.

Setiausaha Agong UMNO Datuk Seri Haji Ahmad Haji Maslan telah dilantik  menggantikan Tan Sri Annuar Musa termasuklah Setiausaha Agung BN serta Setiausaha Agung Maufakat Nasional.

Keputusan tersebut dilaporkan telah diumumkan oleh Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Presiden UMNO dengan penuh tanda tanya kemana halatuju perjuangan Tan Sri Annuar Musa selepas ini.

Ramai ahli ahli parti politik meramalkan ada kemungkinan Tan Sri Annuar Musa bakal mencari alternetif baru dalam perjuangan parti politik nya menjelang pilihan raya akan datang. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kebenaran biro pengiklanan dan penyiaran. Editor 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan