TAK SUDAH SUARA POLITIKING RAKYAT DAH BOSAN
Oleh. Basron Kirwan
Kuala Lumpur. Dalam negara menjalani PROKLAMASI DARURAT kearah berusaha memutuskan rangkaian penyakit Covid 19 suara politiking tak habis membawa sidang parlimen bagai tak kenal derita seluruh warga rakyat Malaysia yang bukan sahaja terkurung didalam rumah malah ada yang kehilangan pekerjaan.
Dalam situasi masa kini golongan politiking bukan bersuara mahu sidang parlimen atau saling bidas membidas antara sesama golongan ahli politiking memandangkan berjuta rakyat teekesan dengan penularan Covid 19 sehingga sukar mencari makanan untuk sara hidup keluarga dan mengharap bantuan golongan politiking. Berdasarkan kepada kenyataan Mohamed Haniff Khatri Abdulla Peguam Kanan perkara dibawah peruntukan 150 (8) (B) perlembagaan persekutuan dimana perkara tersebut memperuntukkan bahawa 'Tiada Mahkamah boleh mempunyai bidang kuasa keatas berhubung pengistiharan Darurat' yang diumum oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong bermula 11 Januari 2021 sehingga 1 Ogos 2021.Sama sama lah kita memelihara kedaulatan negara disamping bersatu membela nasib kesusahan rakyat jelata terlebih dahulu berbanding isu politiking yang saling bersengketa sesama sendiri sedangkan negara berhadapan getir dengan serangan virus Covid 19 tanpa sebarang penurunan kes dari masa kesemasa.
Nota. Dilarang membuat ulaasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan biro psnyiaran dan pengiklanan. Editor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan