Khamis, 21 Januari 2021

Sejak beberapa minggu lalu pelbagai luahan orang ramai yang disampaikan kepejabat editorial akbar ini termasuklah yang tidak berkaitan dengan misi penyiaran dan pengiklanan akbar Media Terkini.

Tidak kurang juga golongan yang menghubungi meja editorial media terkini "apa apa berita hits hari ini?" bagaikan meja editorial ini sebagai tempat bertanya disamping ada yang minta tolong cari beberapa kilang tertentu demi kepentingan peribadi walaupun ianya jauh bercanggah dari misi kami yang sebenar.

Sesungguhnya dalam usia media terkini lebih dua puluh tahun pelbagai cabaran telah ditempuhi antara orang kenamaan dengan rakyat jelata cukup memantap iltizam dan kematangan kru penyiaran media terkini setiap hari.

Dalam tahun 2021 ini media terkini akan lebih memantapkan kualiti penyiaran harian dengan menggandingkan beberapa ruangan baharu didalam dan luar negara termasuklah sudut wanita, kanak kanak dan peranan pertahanan negara mahupun diperingkat luar negara.

Azom Productions House Kuala Lumpur pemilik Media Terkini berharap warga pembaca tidak meminggirkan daya usaha kru Media Terkini yang diterajui anak peneroka Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah terus diberi sokongan selagi masih berupaya memperkemaskini penyiaran setiap hari.  Pengarang 




Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengarah Penyiaran Dan Pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan