Sabtu, 16 Januari 2021

 BERKUMPUL DI MASJID DAN SURAU PERLU DIPANTAU 

Oleh. Jasly Dollah 

Sabah. Umat Islam sekitar luar bandar menggesa Polis dan Tentera meronda Masjid dan Surau sekitar luar bandar bagi menghalang tindakan bekas bekas pelajar Sekolah Pondok mengajak umat Islam berkumpul beramai ramai belajar semasa PKP, PKPB dan PKPP masa kini tanpa mematuhi arahan tersebut.

Selain dari itu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah juga wajar memantau kes seumpama agar kumpulan yang terlibat mengajar berjubah  pada musim sekarang PKP, PKPP dan PKPB dapat diarah berhenti serta merta bagi mengekang penularan Covid 19. 


Kru media terkini yang menghubungi Datuk Hajah Jamilah Sulaiman hari ini dimaklumkan tidak dibenarkan berkumpul jemaah Sembahyang didalam Masjid sepanjang PKP, PKPP dan PKPB sehingga 26 Januari 2021 jelasnya.

Sehubungan dengan pendedahan  ini umat Islam dikawasan luar bandar perlu mendapat nasihat dari Majlis Keselamatan Negeri dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah terlebih dahulu sebelum mengadakan perkumpulan pembelajaran agama Islam beramai ramai dalam Surau dan Masjid pada masa sekarang demi memutuskan rangkaian Covid 19. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan didalam akbar ini tanpa kelulusan dari biro penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan