PENIAGA KECIL BERGERAK SENDIRIAN ?
Oleh. Jaitos Dumiri
Sabah. Ribuan peniaga kecil didalam negeri ini dilaporkan bergerak sendirian dengan menggunakan FB serta watsap group sebagai mencari pelanggan demi memasarkan produk mereka yang diusahakan tenaga sendiri serta ada juga yang dibuat tangan sendiri.
Perkara ini didedahkan oleh George Paulus seorang ahli Kelab Bekas Perajurit Sabah yang melihat peniaga kecil Sabah bagai menjauhi Media Masa dalam mempromosi produk mereka yang enggan membayar jika pegawai pengiklanan menemui mereka disamping bimbang ditanya piawaian dalam pembuatan produk yang dibuat dengan tangan sendiri tanpa rekod ramuan yang dipergunakan katanya.
George Paulus menambah, terdapat juga peniaga kecil yang memulakan perniagaan tanpa diketahui dari mana sumber diperolehi tiba tiba memasarkan jualan namun warga desa mereka sendiri tidak tahu dari mana produk mereka diambil menyebabkan rasa bimbang jika media massa bertanya bagaimana memperolehi produk mereka terangnya.
Menurut George Paulus yang juga penaung Produk Botani Herba Borneo Dan Bunga Cantik Terpelihara Kelab Bekas Perajurit Sabah, memulakan perniagaan bersama semua kaum dan agama dikalangan bekas bekas perajurit tanah air Sarawak dan Sabah harus tahu pertama isu halal poduk, kedua mesti tidak mengambil milik orang lain tanpa dibeli, membayar sewa tapak jika tumpang tanah orang memulakan perniagaan dan banyak lagi yang perlu dilakukan agar pelanggan lebih percayai urusniaga kecil kecilan mereka jelas beliau.
George Paulus mengakui Produk Botaninya baru berusia 38 hari berbanding orang lain sudah bertahun lamanya namun belum nampak paparan didalam media massa antarabangsa dan inilah yang mahu diketengankan diperingkat luar negara Malaysia tegasnya semasa berkunjung dipejabat Media Terkini hari ini.
Antara botani yang ditanam Kelab Bekas Perajurit Sabah yang diberikan oleh George Paulus yang masa kini dalam proses pembenihan bagi memperbanyak produk botaninya tidak serupa pihak lain cari (entah dimana) dan jual tanpa pembenihan jangkamasa panjang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan