Sabtu, 16 Januari 2021

 SAYORA BOTANI BORNEO SEDAP 

Oleh. Gason Dumiri 

Sabah. Jika terjumpa tumbuhan ini yang masih muda pelapa dan isinya jangan lepaskan peluang memetiknya sebagai sajian tengahari asalkan memiliki ikan masin terpilih sebagai ramuan campuran tumbuhan yang meliar subur seluruh borneo. 

Menurut etnik Dusun Sarayo tumbuhan tumbuh meliar yang sedap dimasak jika kena dengan ramuan nya disebut mereka BUNTOI namun perlu beberapa syarat petua pengurusan nya ujar mereka.

Antaranya petua yang dikongsi ialah memetik dari pokok tidak digalak menggoncang pelapah atau batangnya termasuk lah ketika mengurus pembersihan dirumah memerlukan syarat membuka selaput pada batangnya serta masa membasuh cukup bilas menukar air tanpa menyentuh sayor terlibat yang telah dipotong jelas mereka.

Buntoi mungkin ada dimana mana negara jika ada usaha setiap etnik mahu mendedahkan nya namun perlu waspada memandangkan terdapat berpuluh jenis tumbuhan serupa namun tidak semua boleh dimakan malah terdapat perbezaan daun, batang dan saiz ketinggian serta wangian pada pokoknya ketika ditebang jelas masyarakat Dusun Sarayo.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kebenaran biro penyiaran dan pengiklanan. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan