Isnin, 11 Januari 2021


 AKIBAT KELALAIAN MASYARAKAT KERAJAAN MALAYSIA MEMPERKETAT PERGERAKAN 

Oleh. Basron Kirwan 

Kuala Lumpur. Perlaksanaan PKP, PKPB dan PKPP yang diumumkan Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd. Yassin Perdana Menteri Malaysia petang ini haruslah dipatuhi seluruh warga Malaysia mahupun pelancong yang berada dalam negara masa kini. 

Tindakan kerajaan memperkasa kawalan pergerakan ini berikutan peningkatan kes penularan Covid 19 diseluruh negara berikutan ramai yang lalai dalam pergerakan seharian termasuklah mengabaikan penjarakan sosial, gagal memakai pelitup muka semasa berjalan dalam bandar dan pekan apa tak lagi dalam kedai KOPI semasa mengambil tisu dan cucuk gigi dimeja pelanggan lain walaupun mereka tahu SOP perlu sentiasa dipatuhi.

Sikap lalai dikalangan masyarakat sekeliling amat dikesali sehingga menjejaskan semua pihak terutama golongan yang sentiasa mematuhi SOP yang diarahkan oleh kerajaan Malaysia terutama perlaksanaan yang melibatkan selama 14 hari peringkat pertama diseluruh negara bermula jam 12.00 tengah malam 13 Januari 2021 sehingga 26 Januari 2021 diseluruh negara.

(GAMBAR SEKADAR HIASAN) 
Sehubungan dengan pengumuman Tan Sri Muhyiddin Haji Mohd. Yassin Perdana Menteri Malaysia seluruh warga yang berada dalam negara hendaklah mematuhi semua perintah yang telah diumumkan demi memutuskan penularan Covid 19 disamping menyelamatkan nyawa bukan sahaja diri sendiri namun melibatkan nyawa orang lain khususnya. 









Nota. Dilarang membuat ulasan berita mahupun memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kebenaran dari biro penyiaran dan pengiklanan. Editor 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan