Rabu, 6 Januari 2021

 KAWALAN ORANG RAMAI PERLU DIGANDAKAN 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Covid 19. Langkah mencegah penularan virus penyakit tersebut masa kini perlu digandakan kawalan pergerakan orang ramai disekitar pekan dan bandar apa tak lagi memasuki perkampungan luar bandar yang bebas berkumpulan setiap hari. 

Sejak awal Januari 2021 ramai masyarakat mengeluh apabila terdapat orang berkeliaran dibandar, pekan dan kampung sudah melupakan SOP yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia termasuklah berkeliaran dipusat beli belah bersama kanak kanak dibawah 12 tahun serta pengangkutan bus mini awam terdapat yang mengabaikan penumpang tidak mengenakan pelitup muka termasuklah segelintir golongan pemandu yang bersikap ala samseng tegas orang ramai.  

Menurut beberapa aktivis masyarakat yang menghubungi Media Terkini adalah wajar Polis, Tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Jabatan Sukarelawan Malaysia JPJ serta LPKP berganding bahu memantau pelanggaran SOP di Pekan dan Bandar terutama Restoran dan Kompleks Beli Belah mahupun sepanjang jalan raya yang dilalui Bus Mini Pengangkutan Awam jika mahu memutuskan sesungguhnya virus Covid 19 ujar mereka. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita atau memuatkan iklan niaga didalam akbar ini tanpa kebenaran dari biro pengiklanan dan penyiaran. Editor 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan