Rabu, 3 Mei 2023

UMNO PERLU BERSAMA KE AKAR UMBI 

Oleh. Basron Kirwan

Sabah.  Pemimpin UMNO perlu bergerak bersama mendekati seluruh rakyat sampai keakar umbi sepanjang tahun jika mahu memperolehi sokongan berganda dikalangan seluruh rakyat Sabah dalam pilihan raya akan datang. 

Rakyat Sabah juga mengharap Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO Malaysia boleh menggerak jentera UMNO dan BN turun padang menemui segenap lapisan rakyat bagi meraih sokongan mereka kepada BN akan datang.

Menurut penyokong setia UMNO BN hari ini, propaganda yang dimain oleh politiking Sabahan adalah menolak parti parti dari Semenanjung Malaysia supaya kuasa mutlak terletak ditangan mereka (politiking Sabahan) bagi membuat sebarang keputusan tanpa merujuk kepimpinan Kuala Lumpur ujar mereka.

Permainan politiking seumpama dilaporkan oleh penyokong setia BN sebagai tidak sihat memandangkan tidak semua tindakan parti politik Sabahan mampu membentuk rakyat Sabah terbela dengan kehidupan terbaik apa tak lagi keterbukaan mereka membela semua rakyat asli Sabah ujar mereka. 

Mereka (penyokong setia BN) berharap sangat Presiden UMNO dan Pengurusi BN Malaysia mampu memberi penerangan seluruh rakyat Sabah berhubung rancangan segenap lapisan parti politik Sabahan yang mengenepikan kepartian dari Semananjung Malaysia yang ada di Sabah pada pilihan raya akan datang tegas mereka.

Untuk rekod, banyak yang perlu dipelajari oleh parti politik Sabahan dalam memberi keyakinan rakyat Sabahan terhadap parti politik mereka jika berhasrat mahu mengenepikan parti parti dari Semenanjung Malaysia pada masa akan datang.

Rakyat asli Sabah lebih jauh kehadapan memerhati kemampuan parti politik Sabahan bagi menyatupadukan orang Sabahan didalam klompok parti mereka yang terus ketidak serumpun dengan parti Satu Negara Malaysia Madani.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan