Rabu, 17 Mei 2023

Berita Ringkas 

SEMUA PROGRAM YANG DILAKSANAKAN PERLU BERMANAFAAT 

Oleh. Koijul Hairol 

Setiap program kemasyarakatan yang menghimpunkan orang ramai dengan banyak serta menyediakan pelbagai jamuan disamping aktiviti bersukan sangat memerlukan dana kewangan sebagai kos perbelanjaan para peserta yang menghadiri majlis. 

Selain dari itu semua hadiah yang disediakan dalam pelbagai aktiviti kesukanan juga memerlukan kewangan bagi pembelian nya, namun tidak ramai yang mampu memahami setiap penganjur program seumpama sangat memerlukan sumbangan derma kewangan bagi kos perbelanjaan mereka. 

Apapun semua warga sekeliling perlu memberi kerjasama terhadap setiap penganjur program kemasyarakatan demi mempermudahkan bebanan kewangan yang mereka pergunakan. 

PENIAGA ASING MUDA DI SABAH 

Oleh. Gifkir Aming 

 Ramai penduduk Sabah hairan mengapa peniaga asing tanpa lesen bebas berjualan pelbagai produk disetiap pekan dan bandar tanpa dikesan pihak berkuasa tempatan.

Antaranya penjual rokok, penjual ikan basah dan kering, penjual cermin mata, tali pinggang, radio, jam tangan tiruan dan banyak lagi disetiap tamu, pekan serta bandar amnya.

Golongan terlibat malah banyak mendapat sokongan sebilangan warga negara tanpa  rasa ketakutan dengan sokongan sebilangan penduduk temptan.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar  ini tanpa sokongan  pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian  Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan