Ahad, 14 Mei 2023

CAKAP BERSIMPANG SIUR 

Oleh. Joupis Anak Lagau 

Sabah. Ramai rakyat negeri ini mengaku menjadi mangsa sebilangan orang parti politik BERCAKAP BERSIMPANG SIUR setiap kali menemui atau dihubungi rakyat jelata.

Kebanyakan yang dilaporkan berlaku adalah kepimpinan ahli parti diperingkat DUN antara yang tewas dan menang ada sahaja berlaku kes yang serupa dari dahulu sampai masa kini jelas rakyat yang ditemui. 

Ramai rakyat negeri ini rasa terkilan dengan ahli parti politik Sabah yang tidak mendengar suara rakyat jelata berbanding di Semananjung Malaysia serta Sarawak pantas turun padang bila mendengar keluhan rakyat jelata didalam kawasaan masing masing ujar mereka.

Menurut penduduk Sabah, adakah sebilangan pemimpin parti politik peringkat bahagian dan cawangan dalam negeri ini hanya perlukan rakyat masa pilihan raya sahaja?, persoalan mereka ini cuba dirungkai dengan menghubungi beberapa pemimpin parti politik Sabahan namun kru Media Terkini Harian Malaysia tidak mendapat sebarang jawapan dari mereka.

Apapun terserah dengan jiwa seluruh rakyat jelata Sabah hendak memilih pemimpin parti politik Sabahan atau Kepimpinan parti politik seluruh Malaysia yang dikuasai sendiri oleh orang Sabah prihatin dalam jangkamasa panjang.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor 


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan