Khamis, 4 Mei 2023

MAMPUKAH DUN INANAM DITAWAN? 

Oleh. Williem Anak Lagau 

Kerusi Dewan Undangan Negeri Inanam yang ditawan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari parti penyandang utama Parti Bersatu Sabah semasa bersama BN  dan PN. 

Ramai masyarakat dalam DUN Inanam masa kini mempersoalkan kemampuan Parti Gagasan Rakyat Sabah didalam gabungan GRS bersama PBS, STAR, SAPP, USNO dan LDP keupayaan mereka menawan DUN tersebut dari PKR dalam pilihan raya negeri Sabah akan datang.

Media Terkini dimaklumkan Parti Gagasan Rakyat Sabah di DUN Inanam telah menyusun jentera pembentukan bahagian mereka baru baru ini sebagai persediaan sebarang kemungkinan pada pilihan raya negeri akan datang.

Sebagai rakan dalam Gabungan Rakyat Sabah, adakah Parti Bersatu Sabah mampu merampas kerusi tersebut jika mereka diberi peluang bertanding dengan PKR menerusi bantuan dari Parti Gagasan Rakyat Sabah kelak.

Sementara itu Barisan Nasional yang cuba didampingi Parti Warisan Sabah jika terjadi gandingan kerjasama dengan mereka sudah pasti Dun Inanam akan ditandingi GRS, BN+WARISAN dan PAKATAN HARAPAN kelak disamping PN jelas penduduk setempat yang ditemui.

Hanya pengundi Dun Inanam yang mampu memilih kepimpinan parti yang mereka percayai boleh memenangi kerusi tersebut masa pilihan raya negeri akan datang. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan