Rabu, 17 Mei 2023

RAKYAT DAN PEMIMPIN WAJAR SEIRING 

Oleh. Koijul  Hairol

Membakut. Rakyat dan pemimpin politik perlu seiring dalam merealisasikan kemajuan dan ekonomi masyarakat setempat tanpa ada penghujung atau politik bermusim semata mata. 

Sikap segelintir pemimpin parti politik yang hanya mempamerkan wajah didalam perjumpaan sesama orang politik tanpa menjejaki semua rakyat jelata diperingkat bawahan tidak mampu meraih sokongan undi dimasa hadapan.

Setiap ahli ahli parti politik wajar mempamerkan perjuangan keatas semua rakyat tanpa memilih etnik atau agama yang didekati jika mahu segenap rakyat mahu mengundi mereka dimasa akan datang.

Antara luahan rakyat jelata yang ditemui sekitar 73 kerusi  dewan undangan negeri baru baru ni dimana masing masing memiliki halatuju politik yang berbeza beza  walaupun nanpak terlalu muda namun menambat hati seluruh rakyat Sabah dalam satu parti politik bukan lah sesuatu yang senang untuk dilaksanakan dalam sekelip mata.

Hanya rakyat jelata berbilang kaum didalam Sabah sahaja yang boleh memilih halatuju sokongan mereka keatas setiap parti politik yang berusaha meraih undi semua rakyat  yang berdaftar sebagai pemilih sejak sekian  lama.




Nota. Dilarang membuat ulasan  berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan  Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan