Jumaat, 19 Mei 2023

PROGRAM AIDILFITRI PESTA MENUAI  

Oleh. Norsham Tukirin 

Program sambutan hari raya aidilfitri dan pesta menuai Kg. Kebayau Tamalang Telipok akan berlangsung pada 21 Mei 2023 sebagai langkah memupuk perpaduan dan silaturrahim diantara seluruh masyarakat berhampiran.

Majlis sambutan hari raya aidilfitri dan pesta menuai akan diadakan dipadang perkarangan Surau Ar Rahman perkampungan tersebut bermula awal pagi dengan aktiviti kesukanan.

Antara kenyataan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa penganjur hari raya aidilfitri dan pesta menuai Kg. Kebayau Tamalang kepada Media Terkini Harian Kuala Lumpur hari ini.

Jawatankuasa penganjur mengharapkan kerjasama semua penduduk sekitar bagi memeriahkan majlis tersebut walaupun ianya alakadar tanpa bantuan mana mana pihak namun diharapkan mampu dijayakan bersama.

Dalam tinjauan kru Media Terkini Datuk Haji Arshad Idris Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah bermurah hati menghulurkan sedikit sumbangan sebagai meringankan bebanan penganjuran Hari Raya Aifilfitri dan Pesta Menuai Kg. Kebayau Tamalang Telipok. 






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang





 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan