Sabtu, 6 Mei 2023

Berita Ringkas 

APA JADI PEKAN SEUMPAMA ? 

Oleh. Norsham Tukirin 

Setiap orang yang berkunjung disetiap pekan dan bandar sangat mengharapkan keindahan setiap lokasi yang mereka kunjungi, namun berbeza dengan beberapa lorong yang dilihat meloyakan sekitar pekan Tuaran yang dilaporkan para pelawat kawasan tersebut beberapa hari yang lepas.

Menurut pengunjung kawasan pekan Tuaran, melihat kepada lorong hadapan bangunan kedai pekan tersebut semuanya cantik cantik belaka dipandang mata, namun ketika para pelawat menyelusuri lorong lorong belakang kedai mereka terkejut melihat timbunan najis burung tidak terkawal serta meloyakan golongan melihatnya.

Sehubungan dengan pendedahan ini isu kotoran yang meloyakan sekitar pekan Tuaran dapat dibersihkan berkekalan oleh pihak berkuasa tempatan demi menambat hati seluruh pelawat kawasan tersebut jangkamasa panjang. 



 GERAK KEAKAR UMBI JIKA MAHU SOKONGAN 

Oleh. Joupis Anak Lagau 

Setiap anggota wanita UMNO dalam bahagian  mahupun cawamgan perlu turun padang menemui semua ahli dan penyokong diperingkat luar bandar lebih kerap jika mahu sokongan padu berkekalan sehingga PRN akan datang. 

Rakyat jelata memerlukan perhatian berterusan dikalangan pemimpin cawangan amnya bahagian sebagai usaha memberi perhatian setiap usaha sokongan mereka setiap pilihan raya, kegagalan mereka mendekati penduduk luar bandar lebih menguntungkan golongan pemimpin parti lawan meraih sokongan warga desa yang sentiasa mengharap kehadiran pemimpin bersama mereka.

Harapan orang kampung masa kini hanyalah  bersandarkan kepimpinan yang sentiasa prihatin segala masaalah orang kampung tanpa mengira masa sebagai meraih sokongan menjelang pilihan raya negeri akan datang.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan