Ahad, 14 Mei 2023

JANGAN PANDANG SEBELAH MATA 

Gerak langkah penyiaran Media Terkini Harian adalah bergantung kepada keupayaan seluruh kakitangan dari dalam dan luar negara setiap hari, namun mereka juga sangat memerlukan kerjasama semua pihak bagi membentuk penyiaran akbar ini kearah lebih menarik dari masa kesemasa.

Media Terkini yang bermula dari 1997 dengan siaran berkala tidak menduga akan berkekalan secara harian sehingga kehari ini walaupun pelbagai cabaran ditempuhi, termasuklah dipersendakan oleh orang orang yang berhati hasad dengki, membuat janji tidak ditepati malah ada golongan pemimpin parti politik tikam belakang akbar ini. 

Cabaran Media Terkini Harian Malaysia cukup besar sejak 1997 sehingga kehari ini yang cuba dipandang sebelah mata oleh warga yang tidak mahu melihat kejayaan termasuklah orang parti politik, cabaran seumpama pendorong semangat semua kru Media Terkini didalam dan luar negara bagi meneruskan perjuangan menghidupkan akbar ini dengan pelbagai langkah baharu tanpa tunduk dengan segala tekanan.

Sehingga kehari ini cabaran dan tekanan sekeliling masih berlaku secara berkala namun ianya sudah mampu ditempuhi dengan tabah termasuklah enggan dihubungi atau ditemui media terkini  setiap masa, ini terjadi beberapa tempat dalam Borneo jauh berbeza dengan luar negara bagaikan hasad dengki masih tebal digunakan oleh golongan terlibat tanpa wujud keinsafan. Editor




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan