Rabu, 10 Mei 2023

Berita Ringkas 

KEPAYAHAN HIDUP BERSENDIRIAN 

Oleh. Gifkir Aming 

Kota Kinabalu. Seorang warga emas cedra pada bahagian mulut dan bahu akibat terjatuh berhampiran Wisma Budaya dekat sini akibat berjalan sendirian sebaik tiba  dari Queen Satu ambil ubatnya dalam situasi bersendirian. 

Warga emas berkenaan hidup bersendirian tanpa ada keluarga menemaninya yang menyewa di kompleks Sinsuran Kota Kinabalu. 

Mujurlah terdapat dua insan yang membantu menghubungi Ambulan Dari Queen Satu bagi membawa warga emas berkenaan mendapat rawatan di hospital kerajaan dimana salah seorang dari insan prihatin adalah pekerja kedai buku dibangunan wisma kebudayaan.

Ketika kejadian rombongan kru Media Terkini Harian Malaysia melintasi kawasan berkenan dengan urusan tugasan lain namun tidak sampai hati berlalu sebelum kenderaan Ambulan tiba membawa warga emas berkenaan.

Sehubungan dengan kejadian serupa semua warga Sabah perlu mengambil tahu setiap keluarga mereka yang bersendirian dalam usia warga emas agar tidak terabai semasa dalam mendepani kesakitan yang tidak diduga, warga emas berkenaan masih berada dihospital Queen Satu semasa berita ini disiarkan dan wajar dijadikan pedoman setiap warga Sabah agar tidak mementingkan diri sendiri sahaja.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan