Rabu, 31 Mei 2023

DANA KERAJAAN PUSAT WAJAR DINIKMATI RAKYAT SABAH 

Oleh. Basron Kirwan

Semua amanat yang disampaikan Datuk Seri Panglima Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia wajib sampai kepada warga desa mahupun wargakota sebaik disalurkan kepada kerajaan Sabah.

Ianya melibatkan masaalah JALAN RAYA seluruh negeri dan MASAALAH AIR BERSIH serta pelbagai prasarana lain yang diperlukan oleh seluruh rakyat Sabah terutama kawasan luar bandar.

Keprihatinan Perdana Menteri Malaysia jelas walaupun baru menerajui kepimpinan nombor satu negara terutama MA 63 yang perlu diketahui seluruh warga Sarawak dan Sabah agar keyakinan rakyat kekal teguh kepada kerajaan Malaysia.

Dalam lawatan Perdana Menteri Malaysiabke sepuluh di Sabah hari ini, para pemimpin kerajaan Sabah perlu menyampaikan kepada seluruh rakyat Sabah apa juga yang diamanatkan oleh beliau di KDCA hari ini. 

Perdana Menteri Malaysia ke 10  juga turut melawat Markas Tentera Lok Kawi bagi membuat beberapa pengumuman terhadap semua anggota Tentera di Sabah agar selari dengan semua anggota Tentera di Semananjung Malaysia dan Sarawak katanya.

Semua pengumuman Perdana Menteri ke 10 ini juga wajar diketahui seluruh rakyat Sabah dimana perlu disampaikan oleh kepumpinan kerajaan Sabah agar tidak ada yang terselindung dari pengetahuan rakyat terutama dikawasan luar bandar dalam negeri tersebut.

Hanya pengetahuan seluruh rakyat Sabah sahaja mampu memperkasa kerajaan Madani Malaysia dimana kesepakatan seluruh rakyat sangat penting tanpa keciciran pembangunan dan ekonomi yang salurkan oleh kerajaan pusat penuh prihatin.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan