Sabtu, 27 Mei 2023

Berita Ringkas 

PEMBELI MINYAK SUBSIDI PERLU SIASATAN 

Oleh. Williem Anak Lagau

Kerajaan disetiap negeri wajar menggandakan operasi pemantauan dalam setiap penjualan minyak masak bersubsidi RM2.50 agar benar diperolehi oleh orang asli dalam negara dan bukan dikuasai PATI  yang ada dimana mana negeri.

Kebanyakan PATI disetiap negeri termasuklah Warga Asing mengambil kesempatan berbaris membeli Minyak Masak RM2.50 sen dipercayai tidak pernah diminta Kad Penganalan mereka bagi kelayakan membeli kelayakan membeli minyak masak bersubsidi ujar orang asli Malaysia.  

Menurut pendedahan warga Malaysia hari ini,  dimana pun kawasan ada warga asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin pasti mendapat peluang membeli barangan bersubsidi milik sebenar seluruh rakyat Malaysia, peniaga langsung dilaporkan tidak bertanya sama ada pembeli berkenaan rakyat Malaysia atau warga asing atau PATI yang duduk berkerja dalam Malaysia tegasnya. 

Isu seumpama wajar diberi perhatian oleh kerajaan disetiap negeri, bagi menentukan kelayakan orang asing dan PATI tidak mengambil kesempatan membeli semua barangan bersubsidi milik rakyat asli dalam Malaysia sepanjang masa.

Rakyat Malaysia diseluruh negara khususnya Sarawak dan Sabah wajar berani tampil mendedahkan mana mana peniaga yang menjual barangan bersubsidi kepada warga asing khususnya Pendatang Asing Tanpa Izin demi kepentingan seluruh rakyat Malaysia semata mata.

Jauhi perbuatan tutup mata sebelah bagi melindungi skop warga asing dan PATI membeli pelbagai barangan bersubsidi terutama Minyak Masak 1 Kilogram Plastik Pek termasuk lah Telur dan semua barangan bersubsidi diseluruh negara. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita,  memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan