Isnin, 1 Mei 2023

Berita Ringkas 

JANGAN LUPA GOLONGAN FAKIR 

Oleh. Norsham Tukirin 

Kegembiraan dalam merayakan Aidilfitri 2023 memerlukan kesedarhanaan serta sentiasa melihat sekeliling betapa masih ramai fakir termenung tanpa beraya, 

golongan berkemampuan tersenyum dengan pakaian baharu menyambut aidilfitri setiap tahun namun yang fakir termenung minum sekadar air panas dihari raya tanpa ramai menoleh mereka.

Berapa ramaikah seminggu sebelum hari raya aidilfitri tahun 2023 ini menoleh melihat setiap golongan miskin dikawasan masing masing walaupun ramai bergaji lebih RM4,500 sebulan malah ada mungkin mencecah puluhan ribu ringgit, tentu sekali ramai tidak berfikir seumpama namun seringkali melontarkan kata kata SEDEKAH diluar sana namun sedekah orang miskin RM50.00 pun susah  dilaksanakan. 

Menurut orang asli Sabahan, ribuan orang tergolong fakir miskin dalam negeri ini sekadar merenung jauh memerhati orang bergaji besar bersusun kenderaan namun menghulur RM50.00 pun sukar umpama perkataan SEDEKAH sekadar pemanis mulut mereka jelas orang miskin tempatan.

Untuk rekod tahun 2023 banyak sekali ungkapan kata kata SEDEKAH dilontarkan dalam apa juga perhimpunan sebagai galakan bersedakah, namun tidak dapat dipastikan mengapa golongan miskin jarang sekali kelihatan dihulur sumbangan SEDEKAH  entah sampai bila ungkapan kata dilafaz tanpa perlaksanaan tepat.

Adalah menjadi harapan golongan fakir miskin Sabah diberi perhatian penyampaian SEDEKAH dimusim raya atau masa apa juga keperluan sedekah dihulur, jangan sesekali ungkapan kata SEDEKAH dilafazkan  namun fakir miskin terus terabai tanpa banyak kesedaran menghulur sumbangan berbentuk sedekah dinegeri Sabah akui orang miskin.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan