Ahad, 14 Mei 2023

Berita Ringkas 

PEMERDAGANGAN MANUSIA JAGA DIRI SEMUA 

Oleh.  Basron Kirwan

Isu mangsa pemerdagangan manusia di negara negara sekeliling perlu disedari seluruh rakyat Malaysia sebelum bertolak yang dijadikan mangsa golongan agent tanpa merujuk kerajaan negeri atau persekutuan amnya.

Sebaik menjadi mangsa oleh golongan penipuan dinegara jiran baru menangis meminta bantuan kerajaan Malaysia bagi kembali kenegeri asal mereka, namun adakah mereka semua ini pernah bertanya kerajaan Malaysia semasa diperdaya oleh golongan agent untuk bertolak kenegara tertentu bagi berkerja menjalankan penipuan.

Seharusnya golongan yang terlibat menjadi mangsa agent penipuan bersuara memuji kerajaan Malaysia khususnya Polis  Kementerian Luar Negara dan semua agensi kerajaan terlibat menyelamat diri mereka, namun sehingga kehari ini masih jarang golongan terlibat bersuara dalam Media Cetak, Media Eletronik bagi mengjulur kata kata terima kasih melainkan suara dilaman tidak dikenali menyampai kata kata mereka. 

Sebagai peringatan kepada seluruh warga Malaysia walau dimana juga berada dalam negara ini bangkit lah dan jangan sesekali membelakangi  kerajaan serta media cetak amnya media eletronik yang dilesenkan perniagaan mereka,  ini penting sebagai peringatan saban hari mendedahkan pemerdagangan manusia namun ramai generasi muda mudi muda diperdaya golongan laman sesawang palsu sebagai rujukan mencari kerja sehingga kehari ini tanpa serik melangganinya.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan