Selasa, 23 Mei 2023

AIDILFITRI PESTA MENUAI BERKEMBAR 

Oleh. Norsham Tukirin 

Kerambunei. Program Aidilfitri dengan kembar pesta menuai perlu dijadikan iktibar berkerjasama semua pihak agar bermanafaat kepada semua lapisan rakyat jelata didalam dan 
luar negeri sepanjang masa. 

Semua rakyat terlibat juga perlu saling menghormati diantara satu sama lain tanpa mengira kedudukan dan darjat jika mereka mahu sepakat dalam merealisasikan kemajuan pembangunan dan ekonomi seperti peniaga peniaga 
asing yang  berada dinegara ini. 

Isu ini penting dihayati setiap penduduk luar bandar agar seiring maju bersama tanpa ada yang tercicir seperti kemunduran segenap perkampungan luar 
bandar khususnya kawasan Borneo masa kini jelas orang desa yang ditemui.

Banyak kawasan luar bandar masa kini yang kerap menganjurkan pelbagai program kemasyarakatan namun sikap memilih orang didampingi atau diberi penonjolan masih terus berleluasa sehingga ada dikalangan mereka sengaja tidak mengenali siapapun disekeliling menonton mereka.

Kejadian seumpama perlu diketepikan oleh orang orang yang membuat apa juga aktiviti kemasyarakatan terutama orang muda mudi wajar memberi ruang pada sesiapa juga yang memiliki pengalaman bagi membantu menjayakan program mereka kepersada antara bangsa.

Program yang terkurung hanya diperingkat daerah sahaja tidak mampu berkembang apa tak lagi mendapatkan suntikan dana kewangan dari luar daerah dan negeri dalam jangkamasa panjang tegas orang kampung yang ditemui.

Impian program Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Menuai Kg. Kebayau dan Tamalang N. 16 Kerambunai baru baru ini mengharapkan sokongan padu dalam aspek dana kewangan dari pemimpin  dan ahli ahli perniagaan dalam dan luar negara akan datang. 

Dilaporkan hanya nama Datuk Haji Arshad Idris Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah N. 26 Kerambuni yang bermurah hati menghulur derma terhadap program penduduk setempat walaupun banyak yang berkemampuan ujar orang kampung tersebut. 








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang








 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan