Isnin, 29 Mei 2023

Berita Ringkas 

PENGAJARAN AGAMA SETIAP MASA 

Oleh. Basron Kirwan

Kuala Lumpur. Golongan Ulama mengingatkan semua umat Islam wajib mengamalkan agama berlandaskan Al Quran yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dengan menyantuni semua lapisan masyarakat khususnya golongan miskin didalam kehidupan. 

Islam juga menggesa menghulur bantuan golongan orang miskin walau dimana juga setiap masa walau sekecil mana sekalipun asalkan meringankan bebanan golongan terlibat sekeluarga setiap hari.

Namun ramai golongan warga yang sekadar menggunakan topeng keagamaan tanpa kejujuran terhadap sebilangan warga berpendapatan rendah apa tak lagi golongan fakir miskin jauh sekali menghulurkan derma sumbangan untuk kehidupan keluarga mereka. 

Setiap penceramah agama Islam dari luar negara sentiasa mengajak umat Islam berbaik serta menghulur bantuan kehidupan warga miskin yang termampu dan bukan nya menyisih golongan terlibat seperti yang berlaku disesetengah negara negara membangun masa kini.

Ramai ulama hairan berpusu pusu umat Islam berhimpun mendengar ceramah ugama Islam yang disertai penceramah dari negara negara jajahan liga Arab namun bila balik ke kampung halaman masing masing masih menindas fakir miskin.

Bayangkan lah orang miskin ditepi lorong langsung tidak dipandang orang berada yang kerap mendengar ceramah agama Islam disana sini entah dimana kebertanggongjawaban mereka memberi bantuan demi kehidupan fakir miskin, malah pengetahuan agama hasil dari menghadiri semua ceramah agama Islam bagai hilang ditengah jalan tanpa diamalkan sekitar kawasan kediaman atau perkampungan  masing masing bersandar pendapatan mereka.

Pendedahan ini mahu menyedarkan semua pihak agar ilmu agama Islam yang diperolehi dalam setiap ceramah agama diperingkat antarabangsa bukan dijadikan permaidani dalam rumah, sebaliknya dipergunakan bagi berbakti menghulur sumbangan terhadap warga miskin sebangsa sendiri dan bukan pula lebih mendambakan warga asing terlebih dahulu sedangkan orang sendiri terus diabaikan ulas ulama yang ditemui.



Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan