Khamis, 4 Mei 2023

Berita Ringkas 

HARGA  MELAMBUNG TINGGI SALAH SIAPA? 

Oleh. Williem Anak Lagau

Pelbagai produk tempatan Sabah hampir setiap tiga bulan meningkat tinggi harganya walaupun diperbuat didalam Sabah tanpa kos tambang pengangkutan dari luar negeri. 

Terkejut juga penduduk Sabah dengan kenaikan harga berkenaan seperti Sigup Langkom naik antara RM0. 50 sen hingga RM1.00 dan RM1.50 entah mengapa ianya tidak ada pemantauan ujar penduduk Sabah. 

Jika setiap 3 bulan kenaikan harga produk tempatan Sabah tidak dikawal, alamat dalam masa 3 tahun akan datang warga Sabah bakal hidup derita tanpa mampu menampung perbelanjaan keluarga mereka dengan kadar gaji swasta RM1,500 sahaja sebulan.

Apapun rakyat Sabah harus berfikir daya usaha kerajaan negeri dan persekutuan amnya bagi membela kehidupan tanpa kenaikan berterusan dengan cara turun padang memantau peniaga sekitar luar bandar secara berterusan. 

TAKDIR JODOH 
Oleh. Basron Kirwan

Siapa menduga lelaki umur lingkungan 20 an sanggup menikahi wanita bekas cekgunya berusia hampir 50 tahun.

Jodoh yang dilapor takdir dari Allah swt bertaut sebaik lelaki berkenaan memperolehi pekerjaan didalam sektor swasta menurut sumber keluarga kedua pasangan berkenaan.


 LUMRAH DINUSANTARA AGAMA BOLEH BERTUKAR 

Oleh. Helary Sukiono

Indonesia. Ramai warga dalam negara ini kerap bertukar agama secara bebas dan suka hati kemahuan mereka tanpa halangan dari pihak pemerintah.

Wanita kerap  sekali dilaporkan menukar agama sebaik berpisah suami atau mendirikan rumahtangga mereka berdasarkan pilihan mereka masing masing.

Apapun kes seumpama diharap tidak menjadi ikutan dikalangan warga Malaysia, Brunei dan Singapore dalam jangkamasa panjang.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan