Selasa, 23 Mei 2023

Berita Ringkas 

KOS SERINGGIT KE MALAYSIA 

Oleh. Helary Sukiono

Tebeddu. Warga Indonesia boleh menjelajah ke beberapa jajahan Malaysia di Sarawak dengan hanya kos RM1.00 menaiki Bus dalam sehari.

Kebanyakan yang melawat sehari merasa amat murah berikutan hanya memerlukan kos tambang sekadar RM1.00 dimana langsung tidak membebankan ujar mereka.

Apapun semua warga Indonesia perlu lengkap dengan dokumen agar tidak menjadi buruan pihak berkuasa negara Malaysia dengan memasuki tanpa dokumen terang penduduk tempatan yang ditemui.

LAGI ANCAMAN RUSIA 

Oleh. Huzera Ben 

Ukraine. Tentera Rusia sekali lagi menerima tamparan besar berikutan pemberontak dari Tentera mereka sendiri dilaporka  mulai berpaling tadah bagi menyerang kesemua Tentera Rusia yang menyerang negara Ukraine.

Pemberontak terlibat menjadi tekanan besar terhadap Tentera  Rusia yang bukan sahaja mendepani Tentera Ukraine malah turut diserang oleh pemberontak Rusia yang bersembunyi dinegara Ukraine jelas jurucakap Tentera Rusia hari ini.

Apakah kesudahan pertempuran Tentera Rusia dengan Tentera Ukraine yang diserang juga dengan Pemberontak Rusia, terlalu awal ianya diperkatakan oleh kedua dua negara terlibat masa kini walaupun kekuatan Tentera Rusia telah menawan beberapa kawasan disempadan Ukraine masa kini.




Nota. Dilarang membuat ulasan berita, memuat iklan niaga didalam akbar ini tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan