Khamis, 3 Oktober 2024

KEKAL HUKUMAN MATI KEPUTUSAN DIPUJI

Oleh. Norsham Haji Tukirin

Kuala Lumpur. Ramai pesara 
 Tentera dan Polis 

memuji keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan hukuman mati 7 pengganas Sulu menceroboh Lahad Datu pada tahun 2013 yang lepas.

        Keputusan tersebut bukan sahaja dinantikan pasukan Tentera dan Polis malah memberi semangat terhadap keluarga seluarga anggota Polis yang terkorban ditangan pengganas Sulu di Tondu dan Semporna pada tahun tersebut. 

        Malah sebilangan warga Sabah turut memuji keputusan mengekalkan hukuman mati terhadap pengganas Sulu yang menceroboh Lahad Datu Sabah, keputusan Ketua Hakim Negara  Tun Dato' Seri Utama Tengku Maimun Tuan Mat bersama 3 hakim mengekalkan hukuman mati kesemua 7 orang pengganas Sulu Lahad Datu menjadi sejarah dan iktibar agar ianya tidak lagi berulang  dimasa akan datang. 









Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran  dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
         




Tiada ulasan:

Catat Ulasan