Khamis, 24 Oktober 2024

UTAMAKAN MISKIN TEGAR DAHULU

Oleh. Gifkir Aming

Kuala Lumpur. Isu penerima gaji RM12,000 dan RM13,000 merayu perhatian kepada kerajaan tidak salah diterima oleh kerajaan madani, sebaliknya biarlah kerajaan Madani menumpukan perhatian dahulu terhadap rakyat Malaysia yang berpendapatan kurang dari RM1,200 sebulan terutama Sarawak dan Sabah mungkin didalam tempuh dua tahun akan datang. 

         Terlalu ramai warga Sarawak dan Sabah yang masih mendapat dibawah RM1,200 sebulan bagi satu keluarga namun masih gagal mendapat pendaftaran E-kasih, ini menyebabkan golongan terlibat gagal memperolehi sebarang bantuan kewangan atau apa juga kebajikan dari pihak kerajaan negeri mahupun persekutuan.

        Luahan warga miskin Borneo yang disampaikan kepada kru Media Terkini Borneo sebagai tatapan kerajaan Madani masa kini entah bagaimana ianya berlaku, kebanyakan penduduk luar bandar masa kini bagi Sabah dan Sarawak masih ramai berpendapatan RM1,200 kebawah dalam sebulan dan sangat memerlukan bantuan kerajaan pusat madani ungkap mereka.

          Majoriti warga kampung bagi Sabah meminta pemimpin kerajaan pusat madani agar turun padang menemui mereka bagi mengenal sebenar kemiskinan keluarga mereka, tidak ada makna peruntukan ratusan juta atau berbilion ringgit disalur ke Sabah jika orang orang kampung gagal memperolehi bantuan yang sewajarnya setiap lima tahun kerajaan ujar mereka.

          Sehubungan dengan paparan ini kerajaan Madani Pusat perlu menghantar pemantau dari pusat keseluruh Sabah terutama kawasan perkampungan agar kemiskinan dapat diketahui, orang kampung juga mendedahkan masih ada yang belum ada jalan raya kerumah kediaman mereka walaupun sudah lebih 60 tahun Sabah merdeka apa tak lagi rumah orang miskin jauh sekali keluh mereka.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan