Kuala Lumpur. Pengumuman belanjawan budget kerajaan 2025 berjumlah RM421 billion oleh Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia tidak mungkin berjaya sampai pada rakyat jelata jika kakitangan kerajaan gagal turun padang dan telus mendaftar rakyat berkelayakan mendapat bantuan.
Ini disuarakan orang desa terpencil seluruh negara bagi menyambut budget belanjawan 2025 hari ini dengan jumlah yang besar selama ini, sebaliknya tiap tahun tahun lalu ada rakyat gaji RM1,000 sebulan pun tidak lulus mendaftar E. Kasih berulangkali tiap tahun jelas mereka.
Daya Usaha pemimpin nombor satu dan nombor dua negara hari ini bersuara di Parlimen dengan jumlah RM421 BILLION dibimbangi tidak sampai pada rakyat jika rakyat miskin tidak ditemui pemimpin pusat, turut banyak tercicir dari bantuan E. KASIH adalah dari kalangan orang miskin Sarawak dan Sabah berikutan pendaftaran E. Kasih menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat bertahun lama nya tanpa sebab.
Bayangkan lah belanjawan terbaik 2025 yang diumum Perdana Menteri hari ini akan hanya didengar orang kampung miskin tanpa dinikmati sebenar oleh mereka, kebanyakan yang tidak berdaftar dengan E. Kasih bagi Sabah tidak layak mendapat sebarang bantuan akibat gagal didaftarkan sebilangan pegawai kerajaan diperingkat bawahan walau memohon berulangkali.
Kerajaan Malaysia perlu mencari langkah terbaik bagi menemui semua orang kampung yang miskin Sarawak Sabah agar mendapat agihan belanjauan bernilai RM421 billion tahun depan, sewajarnya bermula bulan november ini pegawai kerajaan pusat sudah bergerak ke kampung kampung khususnya Sarawak dan Sabah bagi menemui orang miskin dapat didaftar sebelum Januari 2025.
Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
Tiada ulasan:
Catat Ulasan