Khamis, 24 Oktober 2024

RAJA PEMINTA SEDEKAH DAPAT SOKONGAN

Oleh. Jusupi Anak Kurdi

Sabah. Orang kata tiada pemberi pasti peminta akan hilang selepas sebulan nak mencuri muda ditangkap, kata kata yang perlu disemai oleh warga Sabah jika mahu menghentikan golongan peminta sedekah jalanan. 

       Setiap kali bertembung dengan peminta sedekah ini majoriti orang Sabahan
 menghulurkan antara 

RM3.00 hingga RM5.00 seorang sebagai  ehsan membeli makanan anak anak mereka, bayangkan jika peminta sedekah dalam seorang ini berjaya menemui 80 orang dalam sehari berapa pendapatan mereka jika suami isteri melakukan kerja yang sama pasti lumayan perolehan sehari.

         Antara pandangan aktivis Sabahan yang ditemui bagi mengulas isu peminta sedekah jalanan setiap hari entah berapa ratus seluruh Sabah setiap hari, golongan peminta sedekah ini hanya tahu 'Minta Duit Beli Makan', jika ditanya  lebih banyak mereka geleng kepala sudah tidak tahu menjawab antara persoalan siapakah mereka yang sebenar.

         Menurut aktivis masyarakat yang mahu di kenali Encek Yah, peminta sedekah ini membawa anak anak sebagai daya simpati orang ramai bertangisan umpama tidak makan, tidak dapat dipastikan adakah kanak kanak terlibat adalah anak mereka atau sebaliknya memandangkan tidak ada yang berani bertanya dokumen peminta sedekah terlibat katanya.

         Encek Yah menambah, kanak kanak dibawa berkulit putih manakala wanita dan lelaki membawa berkulit hitam membuat banyak ramalan warga Sabah, selain dari itu jika mereka penduduk Sabah mengapa mereka tidak mencari kerja atau sekurang kurangnya berniaga kecil kecilan demi mencari reziki yang halal tegas beliau. 

         Encek Yah yakin peminta sedekah ini mampu dihentikan dalam tempuh dua bulan jika setiap rakyat Sabah tidak memberi wang ringgit pada mereka dan jika mereka lapar beli nasi dan ikan sahaja untuk mereka.

        Memanjakan mereka (peminta sedekah) dengan wang ringgit setiap hari dikalangan warga yang mereka temui membuatkan mereka kian banyak pertambahan nya, hasil pendapatan lumayan meminta sedekah tiap hari diseluruh Sabah menjadikan pengemis berkenaan bertimbang banyak setiap bulan memenuhi setiap daerah jelas Encek Yah.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan