Selasa, 8 Oktober 2024

BAHASA MELAYU SESAMA NEGARA

(Gambar Siaran Sekadar Hiasan) 

Oleh. Mat Qyyem Hezemi Hamid

Kuala Lumpur. Dalam suara pelbagai lapisan masyarakat berhubung isu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu yang diumum Datuk Seri Dr. Anwar Ibrahim Perdana Menteri Malaysia, tidak ada isu besar yang boleh dibangkitkan jika dipergunakan saluran yang betul.

           Ini disuarakan beberapa pesara angkatan bersenjata Malaysia dimana mereka menggunakan bahasa Melayu sesama orang Melayu walau dimana mereka lahir, sebaliknya menggunakan bahasa Inggeris ketika berjumpa dengan pelancong asing atau melawat diluar negara secara jelas ujar mereka. 

         Dalam fakta yang terkait ucapan Perdana Menteri Malaysia berhubung bahasa Inggeris adalah sebilangan orang Melayu jumpa orang kampung Melayu pakai bahasa English pada orang tua, mana logiknya orang orang tua kampung Melayu dilawati orang Melayu bandar dicakapkan bahasa English terhadap mereka orang Melayu Kampung yang berlaku diseluruh negara termasuklah Sarawak dan Sabah.

       Mungkin ini fakta yang diungkap oleh Perdana Menteri kita jelas beberapa bekas Angkatan bersenjata Malaysia bagi menerangkan isu kemelut BAHASA, antara bahasa Melayu dan bahasa English tidak perlu diperbesarkan sebaliknya kita rakyat seluruh Malaysia nekad satu rumpun sahabat mempergunakan kedua dua bahasa tersebut ditempat yang bersesuaian.

          Gunakan lah bahasa Melayu dengan sesama rakyat yang lahir dalam negara Malaysia manakala bahasa English gunakan bagi pelancong luar negara yang tidak mengerti bahasa Melayu atau kita melancong keluar negara, jangan kita lakukan bahasa English dicakapkan kepada orang Melayu Kampung atau orang orang pelbagai etnik lahir dalam Malaysia warga kampung sebagai menunjuk kita orang bercakap English.






Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan