Ahad, 20 Oktober 2024

BN BOLEH MENANG JIKA SEMUA MAUFAKAT KERJA

Oleh. Norsham Haji Kairin

Kuala Lumpur. Barisan Nasional mampu meraih  

 kemenangan leb

in banyak kerusi jika semua pemimpin bawahan satu hati berkerja untuk semua rakyat jelata diseluruh negara.

     Sebaliknya jika amanat bersatu maufakat berkerja tidak direalisasikan setiap pemimpin BN diperingkat bahagian mahupun cawangan, semua amanat Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi  Timbalan Perdana Menteri  tidak mampu mendapat sokongan padu rakyat seluruh negara PRN akan datang. 

           Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang melaungkan seruan tersebut dalam kongres MCA oktober 2024 yang lalu, malah hanya kerja bersatu pasukan BN mampu meraih sokongan rakyat diperingkat akar umbi khususnya Sabah jika berlaku PRN tahun 2025.

        Kru  Media Terkini Borneo Jusupi Anak Kurdi  yang berusaha menghubungi sebilangan pemimpin BN Sabah juga gagal berikutan tidak ada sebarang jawapan, ramai juga rakyat yang ditemui mendakwa jarang berjumpa dengan sebilangan pemimpin BN entah kemana mereka  tanpa melawat rakyat jelata.

        Ada juga pemimpin BN Sabah yang cuba dihubungi talian telipon namun ianya juga tidak mendapat sebarang jawapan walau berulangkali, ini disuarakan rakyat Sabah yang penuh memberi sokongan kepada BN namun kepimpinan bawahan mereka tidak kisah pada rakyat jelata terang mereka.

           Sehubungan dengan pendedahan ini pemimpin pusat BN perlu turun padang menemui rakyat diperingkat akar umbi khususnya kampung kampung terpencil lebih awal, rakyat perlu dilawati bermula dari tahun 2024 jika mahu mereka terus setia memberi sokongan keatas BN pada PRN Sabah dijangka lebih awal 2025.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan