Isnin, 7 Oktober 2024

WARGA SABAH MINTA MENTERI KERJA RAYA

Oleh. Basron Kirwan 

Sepanggar. Masyarakat mukim zon Telipok meminta Kementerian Kerja Raya Malaysia membantu membuat tinjauan jalan raya yang dhaif laluan penduduk kampung setempat sebelum PRN Sabah akan datang.
           
           Ini disuarakan beberapa orang penduduk mukim Telipok semasa lawatan Datuk Seri Haji Ahmad Mazlan Timbalan Menteri Kerjaraya Malaysia ke pekan Telipok Ahad lepas.

            Pekan Telipok juga menjadi pekan mati berikutan terlalu jauh pusingan U bagi memasuki pekan tersebut jika dari Kota Kinabalu menuju Tuaran tegas mereka yang mengharap keprihatinan Kementerian Kerjaraya Malaysia memperbaiki sistem pusingan U melibatkan kembali ke jalan Tuaran ungkap penduduk yang ditemui.

          Menurut penduduk yang ditemui hari ini, masa kini jika warga Tuaran berkunjung ke pekan Telipok hendak balik semula ke Jalan Tuaran terpaksa berjalan sehingga ke bandar Selera baru dapat pusingan U, demikian juga jika dari Kota Kinabalu memasuki pekan Telipok terpaksa membuat pusingan U di bulatan memasuki Telipok Ria yang terlalu jauh bagai membebankan masyarakat setempat jelas mereka. 

        Bagi peniaga kedai pekan Telipok pula mendaka, sejak pusingan U memasuki pekan Telipok dipindah terlalu jauh perniagaan mereka jatuh merosot pendapatan setiap hari terutama peniaga kecil kecilan, mereka juga mengharapkan pihak kementerian kerja raya Malaysia dapat membantu membuat pusingan U yang terdekat dengan pekan Telipok bagi memudahkan orang ramai memasuki pekan Telipok membeli belah setiap hari ujar mereka.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan