Khamis, 31 Oktober 2024

LIHAT DITANGAN MEROKOK DITEMPAT AWAM

Oleh. Norsham Haji Tukirin 

Sabah. Penduduk asli negeri ini menggesa pihak berkuasa mendaftar Perhentian Bus sebagai larangan merokok berikutan sikap orang asing merokok bebas dikawasan tersebut.

      Warga asing berbaris duduk di Perhentian Bus tanpa bertimbangrasa dengan orang awam lain yang menggunakan kawasan tersebut, malah ada diantara mereka ini menengking jika ditegur orang awam agar tidak merokok dikawasan berkenaan demi kesihatan orang lain ujar orang asli Sabah.

          Sebilangan pekerja asing begitu angkuh menghembuskan asap rokok walaupun ramai warga menutup hidung dan mulut agar tidak terhidu dengan asap bau rokok mereka, mereka selamba  tidak menghiraukan  warga sekeliling  mereka tanpa berpandangan masih ramai warga yang tidak suka menghidu bau asap rokok mereka dikawasan perhentian bus. 

          Penduduk asli Sabah mendedahkan kejadian merokok diperhentian Bus sudah bertahun tahun lama nya tanpa mendapat pemantauan pihak berkuasa dinegeri tersebut, sudah sampai masa nya kerajaan persekutuan madani membantu mereka golongan anti asap rokok menguatkuasakan larangan merokok dibus stop demi kepentingan awam.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan