Isnin, 7 Oktober 2024

MILIK SIAPA TIGA DUN RANAU?

Oleh. Jusupi Anak Kurdi 

Parlimen Ranau. Siapakah parti politik mampu menawan tiga kerusi Dewan Undangan Negeri dekat sini menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang?. 

        Persoalan ini menjadi bahan cerita tiap hari  dikalangan penduduk seluruh parlimen Ranau yang memiliki Dun Kundasang, Dun Karangan dan Dun Peringatan, namun bukan senang bagi membuat ramalan kekuatan pemimpin parti setempat sepanjang mereka memimpin dikawasan tersebut apa tak lagi hubungan dengan penduduk setempat.

         Antara yang membelenggu  golongan pengundi  kawasan parlimen Ranau menjelang PRN Sabah dijangka tahun 2025, malah mereka juga (parti parti politik) saling  mendambakan kerusi  kawasan tersebut milik parti yang mereka wakili.

          Parti parti yang mengintai bagi  Dun Kundasang, Dun Karangan dan Dun Peginatan adalah diantara BN, WARISAN, KDM, Parti Gabungan Rakyat Sabah (PGRS), PAKATAN HARAPAN dan PERIKATAN NASIONAL tidak termasuk parti parti kecil tempatan Sabahan. 

          Adakah rakyat  bagi seluruh kawasan Parlimen Ranau boleh sepakat memilih satu parti Gabungan sahaja bagi meraih kemenangan dalam PRN akan datang, sebaliknya ada juga warga Parlimen Ranau mempercayai warga kawasan tersebut terus berbeza beza sokongan parti politik semasa PRN Sabah akan datang. 





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan Pengurus Penyiaran dan Pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Editor 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan