Selasa, 22 Oktober 2024

DUA PERKARA PERLU DIPERKASA ISU BANJIR

Oleh. Norsham Haji Kairin

Kedah. Isu banjir boleh diselesaikan jika setiap saliran sungai diselenggara pembersihan dan mengorek mendalam serta melebarkan nya, selain dari itu segala saliran perparitan juga wajar diperdalam dan meluaskan nya tanpa bertangguh dikawasan kerap berlaku bencana banjir sepanjang tahun.

         Ini didedahkan beberapa pesara anggota keselamatan negara bagi mengulas isu banjir dibeberapa negeri seluruh Semananjung Malaysia dan Sabah bagai tiada penghujung sejak beberapa tahun lalu.

         Bayangkan lah asal hujan jalan raya tenggelam serta kampung dan perumahan tanah rendah dipenuhi air banjir, bila banjir surut perparitan dan sungai tidak diselenggara atau dikorek dan dilebarkan seperti kerajaan BN terdahulu jelas mereka.

       Dalam konteks ini kumpulan pesara keselamatan terlibat mencadangkan tiap kerajaan negeri bertindak pantas mengorek sungai dan Perparitan dalam dan lebar, walaupun bukan serentak namun ada kerja pantas mereka tanpa melengahkan tindakan pasti akan berkurangan musibah banjir ungkap mereka.

        Kru Media Terkini dimaklumkan pada zaman kerajaan BN dahulu ada peruntukan tiap tahun mengorek dan melebarkan sungai serta perparitan yang kerap banjir, namun masa kini lebih banyak ditayangkan menerusi laman sosial banjir sana sini diseluruh negara namun tindakan mengorek serta melebarkan sungai dan Perparitan jarang kelihatan.





Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan