Isnin, 14 Oktober 2024

BELAJAR SALING TERIMA TEGURAN

Oleh. Basron Kirwan

Sabah. Sebilangan pemimpin yang gagal memantau masaalah pembangunan dan ekonomi 
 rakyat wajar me

nerima teguran membina dikalangan rakyat mahupun aktivis masyarakat setempat.

        Bayangkan Jalan Raya dan Tiang Letrik tidak diselenggara bertahun tahun lama nya sehingga wakil rakyat dan pemimpin bawahan bertukar ganti, namun masaalah didepan mata terus tidak kelihatan atau terlepas pandang  setiap berkempen  pilihan raya terbiar sampai hari ini.

        Antara pendedahan rakyat didalam kawasan Parlimen Sepanggar yang mengharap Perdana Menteri dan Kedua Dua Timbalan Perdana Menteri Malaysia mendengar suara mereka, ada jalan raya terbiar bertahun tahun lamanya disamping tiang letrik sudah tumbang tergantung namun masih juga tidak diselenggara ujar penduduk setempat. 

      Parlimen  Sepanggar memiliki 3 kerusi Dewan Undangan Negeri  yakni Dun Inanam, Dun Darau dan Dun Kerambunai, sebaliknya bila kegagalan pembaikan prasarana dikawasan luar bandar kemana warga desa hendak mengadu meminta bantuan masaalah mereka.

          Kru Media Terkini yang cuba menghubung pemimpin bagi kawasan Sepanggar namun tidak berjaya mendapat jawapan, semoga dengan pendedahan warga Sepanggar  ini bakal sampai kepada Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia untuk diselesaikan keluhan rakyat setempat.







Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala  Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan