Rabu, 9 Oktober 2024

ISRAEL BERHABISAN MENYERANG ORANG AWAM JADI KORBAN

Oleh. Huzera Ben Dan Danny Rew

Tehran. Serangan 
 zionis Israel bagi 

melawan para pejuang Hamas, AlQassam, Hizbollah dan Houthi hanya membunuh orang awam berikutan 
para pejuang tersebut sudah bersiap siaga sejak puluhan tahun yang lalu.

        Selain orang
awam yang menjadi korban Israel, mereka juga dilaporkan lebih memusnahkan 
rumah kediaman orang awam serta bangunan bangunan permis perniagaan turut jatuh menyembah bumi, ini adalah satu laungan kebanggaan zionis Israel dengan melaporkan berjaya membunuh ramai pejuang yang mereka cari walaupun Hamas, AlQassam, Hizbollah dan Houthi masih terus menyerang setiap penjuru Israel.

          Anehnya walaupun Israel sentiasa memasang Dron Perisai disetiap penjuru udara mereka namun serangan Hizbollah, Houthi dan Hamas mampu mencapai beberapa lokasi persenjataan Israel, ianya diakui para pemimpin Hamas, Hizbollah dan Houthi sehingga ramai tentera Israel turut terbunuh sesekali para pejuang membalas serangan Zionis Israel. 

        Kepakaran perang para pejuang Hizbollah dan Houthi sama sekali tidak akan menyerang zionis Israel jika mereka berada pada kedudukan berhampiran pasukan pengaman PBB, sebaliknya berbeza dengan zionis Israel yang tidak memilih sasaran jika mendapat maklumat dari pengintip mereka ada menyerupai pejuang terus dibedil walau berhampiran petugas PBB lapor warga Iran.

       Sehingga berita ini ditulis, pasukan keselamatan Yordiana sudah siap siaga dengan sebarang kemungkinan serangan Zionis Israel sama ada laluan bagi memburu musuh mereka, mahupun sasaran utama bagi mencari setiap pergerakan  para pejuang Islam bergantung dengan maklumat pengintip upahan mahupun kumpulan Mossad mereka yang dilapor memusuhi umat Islam.








Nota. Dilarang membuat ulasan berita dan memuat iklan niaga didalam akbar harian ini, tanpa kelulusan pengurus penyiaran dan pengiklanan Media Terkini Harian Kuala Lumpur. Pengarang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan